Tajuk : 10 Teknik Hafazan PROFAZZ
Harga : RM 27.00

Buku “10 Teknik Hafazan PROFAZZ” ini terhasil dari gabungan idea 5 beradik PROFAZZ (Professional Huffaz) yang memiliki latar belakang pendidikan hafazan yang berbeza. Ianya terbit setelah teknik ini didedahkan melalui program Jelajah PROFAZZ di serata Malaysia dan mendapat pelbagai testimoni positif.

Bagi merealisasikan hasrat melahirkan seramai mungkin PROFAZZ di Malaysia, buku ini memberi perkongsian teknik hafazan PROFAZZ dengan gaya menarik, santai dan mudah difahami. Teknik ini diasaskan oleh Dr Syamil PROFAZZ yang berjaya menghafal 30 Juzu’ al-Quran dalam masa 5 bulan.

Sirah Rasulullah s.a.w. ketika mula mendapat wahyu pertama menjadi falsafah utama di sebalik teknik ini, di mana ayat 18 Surah al-Qiyamah merupakan asas kepada teknik hafalan yang mantap dan berkesan.

Dapatkan segera. Sila hubungi 019-2295362.